Deskripsi Jawatan – Tukang Jahit Mahir (Latihan & Kerjaya Penuh Masa – Program Bakat ADI)
Anda sedang mencari kerja dan berminat membina kerjaya dalam bidang jahitan dan fesyen?
Ini peluang anda untuk bekerja sambil belajar!
Uji Fesyen kini membuka peluang kepada individu berumur 18–40 tahun yang benar-benar berminat dan sanggup berusaha untuk menyertai Program Bakat ADI sebagai Tukang Jahit Mahir. Program ini khas untuk mereka yang belum mempunyai sijil SKM, tetapi ingin meningkatkan diri sambil bekerja sepenuh masa dalam bidang jahitan wanita tradisional.
Program ini merangkumi:
✅ Pekerjaan sepenuh masa selama 18 bulan di Uji Fesyen✅ Latihan kemahiran praktikal secara berstruktur✅ Peluang memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 2 & 3)✅ Berpeluang diserap ke dalam industri fesyen sebagai tukang jahit profesional bagi peserta yang cemerlang
Program ini sesuai untuk mereka yang mahu membina kerjaya dalam bidang fesyen, walaupun tanpa latar belakang formal. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Jika anda rajin, berdisiplin dan mahu mencipta masa depan dalam dunia jahitan — mohon sekarang!