Senarai Tugas Pitstop Officer (PO)
1. Pemeriksaan Kenderaan
- Melakukan pemeriksaan bateri kenderaan (voltan, bacaan alternator, status bateri).
- Menjalankan ujian diagnostik asas ke atas sistem elektrik kenderaan.
- Mengenal pasti isu teknikal berkaitan bateri atau sistem permulaan (starter system).
2. Perkhidmatan dan Penggantian
- Menyediakan dan memasang bateri baharu kepada kenderaan pelanggan.
- Menyemak dan membuang bateri lama mengikut prosedur pelupusan yang betul.
- Memberikan nasihat teknikal kepada pelanggan berkenaan jenis bateri yang sesuai.
3. Khidmat Pelanggan
- Berinteraksi secara mesra dan profesional dengan pelanggan.
- Menyediakan penjelasan tentang servis, waranti bateri, dan pilihan produk.
- Menangani aduan atau pertanyaan pelanggan dengan baik.
4. Pentadbiran Ringkas
- Mengisi borang servis / laporan pemeriksaan.
- Mengemaskini sistem POS atau aplikasi Bateriku dengan maklumat perkhidmatan yang diberikan.
5. Penyelenggaraan Kedai & Peralatan
- Memastikan peralatan kerja seperti multimeter, jumper starter, dan alatan ganti berada dalam keadaan baik.
- Menjaga kebersihan dan susun atur ruang kerja (pitstop/kedai).
6. Sokongan Logistik
- Menerima, menyusun, dan menyemak stok bateri yang diterima.
- Membantu dalam penghantaran atau pengambilan bateri apabila perlu (jika ada tugasan luar/kecemasan).
