Memastikan semua transaksi kewangan syarikat direkod dengan tepat, laporan kewangan disediakan mengikut jadual, dan pematuhan cukai serta undang-undang kewangan dijaga dengan baik.
Pengurusan Transaksi Harian:
Semak dan sahkan semua transaksi jual beli, bayaran, resit dan invois.
Pantau dan kemas kini sistem akaun setiap hari.
Penyediaan Laporan Kewangan:
Sediakan laporan bulanan seperti P&L, Penyata Aliran Tunai, dan Kunci Kira-kira.
Buat analisis prestasi kewangan bisnes secara berkala.
Pematuhan Cukai & Audit:
Pastikan semua rekod disediakan untuk audit tahunan.
Urus penyediaan dokumen untuk LHDN, SST, E-Invoice dan lain-lain yang berkaitan.
Pengurusan Bajet & Aliran Tunai:
Susun bajet tahunan dan kawal perbelanjaan agar tidak melebihi sasaran.
Pantau cashflow harian dan beri laporan kepada pengurusan.
Kawalan Dalaman & SOP Kewangan:
Bina dan semak semula SOP kewangan untuk elak penyelewengan.
Tetapkan proses semakan dan kelulusan untuk sebarang perbelanjaan besar.
Penyeliaan Pasukan:
Pantau kerja eksekutif akaun atau kerani akaun (jika ada).
Beri latihan dan bimbingan kepada staf berkaitan kewangan.
Sebagai Pengurus Perakaunan, tuan/puan bertanggungjawab memastikan pengurusan kewangan syarikat berada dalam keadaan yang sihat dan teratur. Tugas utama termasuk menyelia semua transaksi kewangan, menyediakan laporan tepat pada masanya, dan memastikan pematuhan kepada semua peraturan kewangan termasuk cukai dan audit.
Tuan/puan juga akan menjadi orang utama dalam memberi nasihat kepada pihak pengurusan berkenaan kewangan syarikat dan akan terlibat dalam membuat keputusan strategik yang melibatkan bajet, pelaburan dan pengurusan risiko kewangan.