
IKLAN JAWATAN KOSONG
Nama Syarikat: Taska Permata Darul Iqram
Alamat Syarikat:Unit 13-1 , Taman TU 1 ,Taman Temin Utama , 27000 Jerantut Pahang
No. Telefon / Emel: 016-9353473 / daruliqram1409@gmail.com

Jawatan: Pendidik Taska
Jabatan: Operasi
Jenis Jawatan: Pendidik Taska Sepenuh Masa
Lokasi: Jerantut , Pahang
Tarikh Tutup Permohonan: 31 Julai 2025

Kelayakan & Syarat Permohonan:
Warganegara Malaysia
Berumur antara 18 – 39 tahun
Mempunyai sekurang-kurangnya SPM / Diploma / Ijazah dalam bidang berkaitan
Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan
Mahir menggunakan Microsoft Office / software berkaitan
Boleh bekerja lebih masa & di bawah pengawasan minimum

Deskripsi Tugas:
Tuan / Puan/Cik Puan boleh melaksanakan tugas-tugas seperti di bawah ini:
- Merancang, menyediakan dan menyampaikan aktiviti pembelajaran yang mudah, berkesan dan efisien .
- Menyiapkan Rancangan Perancangan Aktiviti (RPA) setiap minggu (jika berkaitan taska) .
- Mahir berkomunikasi secara objektif dengan jelas untuk semua aktiviti pembelajaran.
- Kreatif menyediakan pelbagai bahan pembelajaran dan sumber untuk digunakan dalam aktiviti-aktiviti pendidikan / aktiviti kanak-kanak.
- Mengenal pasti dan memilih bahan-bahan pengajaran dan kaedah yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang berbeza peringkat umur.
- Memberi garis panduan dan memantau kanak-kanak dalam penggunaan bahan - bahan pembelajaran dan peralatan.
- Menggunakan teknologi yang berkaitan untuk menyokong pembelajaran.
- Memerhati, menilai prestasi dan pembangunan setiap kanak-kanak.
- Menggalakkan dan memantau kemajuan setiap kanak-kanak.
- Menyimpan rekod yang tepat dan lengkap tentang kemajuan dan pembangunan kanak-kanak
- Mengemas kini semua rekod yang diperlukan dengan tepat dan lengkap seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, dasar pengurusan dan peraturan taska.
- Menyediakan laporan berkaitan aktiviti, akademik, penilaian prestasi kanak-kanak .
- Menjaga kanak-kanak mengikut tugas yang diberikan.
- Memastikan memberi makanan yang berkhasiat kepada kanak-kanak.
- Menjaga dan memastikan keselamatan kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti.
- Mempamerkan contoh kelakuan sama ada pertuturan,tingkahlaku dan penampilan yang baik semasa di taska.
- Menjaga kebersihan persekitaran dalam dan luar taska .
- Menghantar video bagi setiap aktiviti berfokus dan mengikut milestone yang ditetapkan.

Faedah yang Ditawarkan:
Gaji Pokok: RM1700 (kiraan perjam)
KWSP & SOCSO
Cuti Tahunan & Cuti Sakit
Peluang kenaikan pangkat / latihan disediakan

Cara Memohon:
Sila hantarkan resume lengkap, salinan sijil, dan gambar berukuran passport ke:
Emel: daruliqram1409@gmail.com
Atau hantar ke alamat pejabat:
Taska Permata Darul Iqram
Unit 13-1 , Taman TU 1 ,Taman Temin Utama , 27000 Jerantut Pahang
(u.p: Unit Sumber Manusia)