Pencetak Kanan (Metal Printing Specialist)

Tarikh Iklan : 2 weeks ago
Tarikh Akhir : 31 Jul, 2025
Jawatan kosong ini akan dilaksanakan dibawah program Diploma Professional Malaysia.

Ringkasan / Tujuan Jawatan :-

Bakat akan mempelajari kemahiran sebagai Pencetak Kanan, iaitu individu yang terlatih dan berpengalaman dalam menguruskan barisan percetakan serta mesin berteknologi tinggi, termasuk dalam aspek penyelenggaraan, kawalan, dan pengoperasian mesin serta peralatan yang digunakan dalam proses percetakan. Peranan ini turut merangkumi tugasan menyelesaikan masalah (troubleshooting) serta penyediaan bahan-bahan yang diperlukan bagi memastikan kelancaran operasi pengeluaran menggunakan mesin berkelajuan tinggi, dengan tahap kualiti yang tidak boleh dikompromi.

 

Tanggungjawab Kerja:

Menyemak jadual kerja harian untuk menentukan spesifikasi bahan, kuantiti cetakan, warna, serta arahan percetakan.Mengendalikan mesin percetakan bagi melaksanakan tugas pengeluaran, serta memastikan sasaran pengeluaran dicapai dengan cekap dan kualiti produk memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.Memastikan mesin percetakan sentiasa berada dalam keadaan baik, berfungsi dengan lancar, dan semua komponen berada dalam keadaan operasi yang optimum.Menetapkan dan melaras suhu mesin mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.Mengganti dan memasang selimut cetakan (blanket) serta plat master apabila diperlukan.Memastikan bahan mentah seperti dakwat mencukupi dan tersedia untuk tugasan cetakan seterusnya.Memeriksa keadaan roller dakwat sebelum memulakan syif kerja.

 

 

Mengenai Syarikat

Lokasi : Gombak, Selangor
Telefon : 0105822825
Emel : donald.orgdev@gmail.com
URL : https://kjcf.net/home/
Bilangan Kakitangan : 500
Sektor : Logam
Ditubuhkan pada : 1965