Pembantu Jualan (Sales Assistant)

Tarikh Iklan : 6 days ago
Tarikh Akhir : 30 Sep, 2025
Jawatan kosong ini akan dilaksanakan dibawah program Sijil Kemahiran Malaysia.

Tujuan Jawatan:

Pembantu Jualan bertanggungjawab membantu operasi harian jualan termasuk menyambut pelanggan, mempromosikan produk, mengendalikan transaksi jual beli serta menyusun stok dan memastikan kebersihan kawasan jualan untuk memberi pengalaman membeli yang baik kepada pelanggan.

Tugas & Tanggungjawab Utama:

Menyambut dan melayan pelanggan dengan mesra dan profesional.

Memberi penerangan ringkas tentang produk termasuk kelebihan, fungsi dan harga.

Membantu dalam proses jualan dan pembayaran secara tunai, QR atau e-wallet.

Menyusun stok dan memaparkan produk mengikut kategori dan promosi semasa.

Membantu merekod stok keluar masuk menggunakan borang atau sistem POS.

Menjaga kebersihan dan susun atur kaunter jualan serta kawasan pameran.

Membantu dalam aktiviti promosi seperti agihan risalah, TikTok Live atau pameran luar.

Melaporkan sebarang isu pelanggan atau kekurangan stok kepada penyelia atau pemilik bengkel.

Membantu dalam pembungkusan dan serahan barang kepada pelanggan.

Mengikuti arahan dan SOP jualan syarikat dengan patuh.

Kelayakan & Kemahiran Diperlukan:

Minimum PMR / SPM / Tahap 1 NOSS Operasi Jualan.

Mesra pelanggan, boleh bercakap dengan yakin dan sopan.

Mampu menggunakan kalkulator, mesin pembayaran atau sistem POS asas.

Berdisiplin, jujur dan boleh bekerja di bawah pengawasan minima.

Boleh bekerja berdiri lama dan aktif bergerak dalam kedai atau bengkel.

Jika boleh buat konten atau pegang kamera untuk TikTok/IG, adalah satu kelebihan.

Mengenai Syarikat

Lokasi : Kinta, Perak
Telefon : 0125500867
Emel : ahmadzarinhussin@gmail.com
URL :
Bilangan Kakitangan : 6
Sektor : Automotif
Ditubuhkan pada : 2022