Membantu dalam kerja-kerja pemasangan pendawaian elektrik di bangunan kediaman, komersial atau industri.
Membantu menjalankan kerja penyelenggaraan elektrik seperti menukar suis, soket, lampu, fius, dan komponen asas lain.
Membantu menguji dan mengenal pasti kerosakan elektrik di bawah pengawasan juruteknik.
Menyediakan dan menyusun peralatan, wayar, dan bahan elektrik sebelum dan selepas kerja dilakukan.
Memastikan tempat kerja sentiasa bersih, selamat dan teratur.
Membantu dalam kerja-kerja pembumian, pemasangan DB, dan penyaluran kabel.
Mengikuti arahan penyelia atau juruteknik dengan mematuhi prosedur keselamatan (OSHA & ST).
Melaporkan sebarang kerosakan atau bahaya elektrik dengan segera.