Juruteknik Pemasangan Bateri Kenderaan (B-Team)

Tarikh Iklan : 1 month ago
Tarikh Akhir : 31 Dec, 2025
Jawatan kosong ini akan dilaksanakan dibawah program Sijil Kemahiran Malaysia.

Senarai Tugas: Juruteknik Pemasangan Bateri & Bantuan Tepi Jalan

1. Pemeriksaan & Diagnostik Kenderaan

  • Melakukan pemeriksaan bateri secara on-site (di lokasi pelanggan).
  • Menguji bacaan voltan bateri, alternator, dan sistem permulaan.
  • Mengesan dan memberi cadangan kepada masalah sistem elektrik ringan.

2. Pemasangan Bateri di Lokasi Pelanggan

  • Menghantar dan memasang bateri baharu di tempat pelanggan (rumah, pejabat, tepi jalan).
  • Memastikan bateri dipasang dengan betul dan selamat.
  • Menjalankan ujian pasca pemasangan untuk pengesahan prestasi bateri.

3. Perkhidmatan Bantuan Kecemasan

  • Menyediakan jumpstart (booster) kepada kenderaan yang kehabisan bateri.
  • Membantu dalam kes tayar pancit  & tukar tayar(jika termasuk dalam skop).
  • Memberi bantuan awal kepada kenderaan yang gagal dihidupkan di tepi jalan.
  • Memberi bantuan fuel top-up kepada kenderaan pelanggan

4. Khidmat Pelanggan

  • Berkomunikasi secara profesional dan mesra dengan pelanggan.
  • Memberikan penjelasan tentang kerosakan, jenis bateri yang sesuai dan waranti.
  • Menjelaskan kepada pelanggan tindakan lanjut jika kerosakan bukan berpunca daripada bateri.

5. Penggunaan Aplikasi & Dokumentasi

  • Menggunakan aplikasi Bateriku.com untuk menerima job, navigasi ke lokasi dan kemaskini status servis.
  • Mengisi maklumat servis pelanggan, gambar sebelum dan selepas pemasangan.
  • Mendapatkan pengakuan pelanggan secara digital (e-signature atau gambar).

6. Kawalan Stok & Peralatan

  • Memastikan bateri, kabel, jumper dan peralatan lain tersedia dalam kenderaan servis.
  • Menyusun stok bateri dengan baik dan memantau baki harian.
  • Melakukan laporan stok keluar/masuk jika perlu.

7. Pemantauan Keselamatan & SOP Jalan Raya

  • Memastikan keselamatan diri dan pelanggan semasa servis di tepi jalan.
  • Menggunakan lampu amaran, vest keselamatan, dan mengikuti SOP keselamatan jalan raya.
  • Bertindak cepat dan profesional semasa kecemasan.
Mengenai Syarikat

Lokasi : Petaling, Selangor
Telefon : 01133392901
Emel : akademibaterikudotcom@gmail.com
URL :
Bilangan Kakitangan : 200
Sektor : Automotif
Ditubuhkan pada : 2021