Juruteknik sistem solar bertangungjawab dalam kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan sistem solar tersambung dan tidak tersambung grid. Industri tenaga boleh diperbaharui memerlukan ramai tenaga kerja mahir dalam memastikan pelan peralihan tenaga negara dapat dicapai. Kemahiran dan kompetensi pekerja akan terus dikuatkan dengan program latihan dan kursus keselamatan yang berkaitan. Marilah membina kerjaya dalam industri tenaga boleh diperbaharui.