Ringkasan Jawatan:Bertanggungjawab memasang, menyelenggara, membaiki dan menaik taraf sistem HVAC. Juruteknik juga perlu mengenal pasti keperluan pembaikan/penggantian, membantu juruteknik lain, serta memastikan peralatan dan bahan mencukupi di tapak kerja.
Tugas & Tanggungjawab:
Memasang, menyelenggara dan membaiki sistem HVAC.
Memantau sistem & menjalankan penyelenggaraan pencegahan berkala.
Menyelesaikan aduan suhu panas/sejuk.
Membuat pemeriksaan, pembaikan & penggantian komponen (injap, motor, suis, kipas, pam, pemampat, paip, dsb.).
Mematuhi prosedur & polisi keselamatan syarikat.
Merekod kerja dalam sistem.
Hadir ke latihan & mesyuarat keselamatan.
Tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Kelayakan:
Minimum SPM/SPVM/STPM/Diploma atau pengalaman setara dalam HVAC.
Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman kerja berkaitan.
Mempunyai Kad Hijau CIDB.
Lesen memandu sah kelas D & GDL.
Kemahiran:
Sikap profesional, beretika & berdisiplin.
Mampu bekerja secara berdikari & berkumpulan.
Komunikasi yang baik (lisan & bertulis).
Mempunyai asas kemahiran telefon & komputer.
Mampu bekerja di bawah tekanan dengan perhatian terhadap butiran.
Keperluan Fizikal:
Sihat tubuh badan & mampu bekerja berdiri sehingga 8 jam.
Mampu mengangkat beban sehingga 35–40 paun.
Keadaan Kerja:
Bertugas di dalam/luar bangunan mengikut keperluan.
Jadual fleksibel termasuk malam, hujung minggu & cuti umum.
Perlu memakai PPE & mematuhi peraturan keselamatan.