Retail Operations (Replenishment/ Fresh/ Bakery/ Customer Service/ System/ Backroom)

Tarikh Iklan : 1 month ago
Tarikh Akhir : 30 Jun, 2025
Jawatan kosong ini akan dilaksanakan dibawah program Diploma Professional Malaysia.

KEPERLUAN KERJA

 

  • Sanggup bekerja mengikut syif, hujung minggu & cuti umum.

 

  • Mematuhi peraturan syarikat mengenai pakaian dan kebersihan diri.

 

  • Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.

 

  • Mampu bekerja dalam persekitaran yang pantas.

 

  • Fizikal sihat (boleh berdiri lama & mengangkat barang ringan hingga sederhana).

 

  • Tiada pengalaman diperlukan, latihan akan diberikan.

 

  • Pengalaman dalam bidang runcit, pasar raya, atau khidmat pelanggan adalah satu kelebihan.

 

 

 

TANGGUNGJAWAB KERJA

 

Replenishment (Pengisian Stok):

 

  • Mampu menguruskan stok dengan cekap dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

 

  • Memastikan rak sentiasa penuh dengan produk yang dijual.

 

  • Menjaga kebersihan rak dan kawasan pengisian stok.

 

Backroom (Gudang/Kawasan Belakang):

 

  • Bertanggungjawab untuk menerima dan menyusun barangan masuk.

 

  • Memastikan semua barang disusun dengan teratur dan siap untuk diedarkan ke lantai jualan.

 

  • Memastikan ruang belakang bersih dan teratur.

 

Bakery (Bahagian Roti):

 

  • Menyediakan dan mengemas kini stok roti, pastri, dan produk bakeri lain.

 

  • Mengikuti prosedur keselamatan makanan dan penyimpanan produk.

 

  • Menjaga kebersihan kawasan bakeri dan peralatan.

 

Fresh (Produk Segar):

 

  • Menguruskan produk segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging, dan ikan.

 

  • Memastikan kualiti dan kebersihan produk segar sentiasa terjaga.

 

  • Memastikan stok produk segar disusun dengan baik dan siap untuk jualan.

 

Khidmat Pelanggan:

 

  • Kemahiran komunikasi yang sangat baik untuk berurusan dengan pelanggan secara profesional dan mesra.

 

  • Mampu menyelesaikan masalah pelanggan dengan cepat dan cekap.

 

  • Menyediakan bantuan kepada pelanggan mengenai produk, promosi, atau perkhidmatan yang ditawarkan.

 

  • Mengendalikan transaksi pembayaran dan pembatalan dengan menggunakan sistem komputer.

 

Sistem (System):

 

  • Mampu menggunakan sistem POS (Point of Sale) dan aplikasi jualan lain dengan cekap.

 

  • Mengemaskini data produk, harga, dan inventori dalam sistem secara tepat.

 

 

 

FAEDAH-FAEDAH BEKERJA

 

  • 5 hari bekerja + 2 hari cuti seminggu

 

  • Bekerja selama 9 jam sehari + 1 jam rehat

 

  • Pulangan tunai apabila berbelanja di Lotus's

 

  • 15 hari cuti tahunan

 

  • 2 hari cuti keluarga

 

  • Rawatan perubatan percuma

 

  • Rawatan pergigian percuma

 

  • Insurans berkumpulan

 

  • Kenaikan gaji tahunan

 

  • Bonus prestasi

 

  • Peluang kenaikan pangkat

 

 

Mengenai Syarikat

Lokasi : Tiada Daerah, W.P Kuala Lumpur
Telefon : 0173605729
Emel : mohammadfaridz.fadjarrudin@lotuss.com
URL :
Bilangan Kakitangan : 9000
Sektor : Peruncitan,Makanan & Minuman
Ditubuhkan pada : 2022